skmarakau.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MARAKAU
Sek. Keb. Marakau Peti Surat 22, Ranau. Tel : 088 875175, Faks :
e-mel : skmarakau@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MAKLUMAT TERBARU |

SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Marakau didirkan di atas sebuah bukit letaknya kira-kira 6 km dari Pejabat Pendidikn Daerah. Ditubuhkan pada tahun 1967 dengan bilangan murid seramai 57 orang dan 1 orang guru. Bangunan awal didirikan atas kerjasama PIBG dan kerajaan iaitu 2 buah bilik darjah yang berdindingkan bambu (termasuk meja dan kerusi ) dan beratapkan rumbia. Sekolah ini tela dirasmikan oleh bekas Ahli Parlimen Kinabalu, Datuk Hj. Abd. Ghani Gilong pada 31 Mei 1967. Antara tahun 1967 dan 1972 sekolah ini berada di bawah kuasa Sekolah Sukarela Anak Negeri (Native Voluntary School). Pada tahun 1973 sekolah ini diambil alih oleh kerajaan. Ia ditukar kepada Sekolah Rendah Kerajaan Marakau yang kini dikenali Sekolah Kebngsaan Marakau. Dengan pengambilan alih kuasa ini maka kerajaan telah membina sebuah bangunan rumah dan menambahkan lagi bilangan guru. Pada tahun 1976, 2 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung pertambahan murid. Disebabkan pertambahan murid dari semasa ke semasa, pada tahun 1983 sebuah bangunan lebih baik dan besar merangkumi 2 buah bilik darjah, 1 buah bilik makmal sains, bilik guru-guru dan guru besar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Bahagian Seklah-Sekolah Rendah Sabah, En. Digong Abd. Rashid. Pada tahun 1985 sebuah bangunan projek kilat merangkumi dua buah bilik darjah, sebuah bilik guru-guru dan sebuah bilik khas (SPBT) dibina atas biaya Bank Dunia. Sebuah rumah kembar juga telah dibina. Kini sekolah ini mempunyai 6 buah bilik arjah, 1 buah bilik serbaguna dan 1 buah bilik Pusat Sumber. Semenjak sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1967, jumlah guru yang pernah bertugas ialah seramai 26 orang termasuk guru. Manakala guru besar ialah seramai 6 orang:- TAHUN GURU BESAR 1967-1972 Nicholas M. Awang 1970 Midin Kudik (memangku) 1983-1987 Shaffie Timbalun 1988 Saimin Ismail @ Ariff 1989-1990 Moen Ajin (memangku) 1990-1997 Adnan Hamid 1998-1999 Abd. Latif Daiman 2000-2006 Kenneth Tan Ann Deong 2006 Martin Madusin (Memangku) 2006 Dusinah Gunting


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: